hello!

Saturday, January 14, 2012

Malang Tak Pakai Perfume.

Kemalangan tak pakai deodoran. Perfume pun tidak. Dia tak kenal siapa Rexona dan siapa pula Versace Blue Jeans. Sebab itulah kemalangan datang kita tak boleh agak. 

"Kenapa pula kemalangan ni Amy?"

Sebab buah hati saya accident menjadi "laptop loncatan" si Putih.


Screen netbook Asus saya yang retak akibat earphone yang tersepit di celah-celah keyboard dan screen.





Nasib baik awak comel.


Nasib baik laptop Acer lama masih okay. Alhamdulillah.

Sunday, January 8, 2012

Weekend yang sejuk.

Rindu nak tengok langit biru. Serius rindu. Dah beberapa hari dah Kuching mendung dan hujan. Putih dan Nemo pun tak keluar rumah. Hibernate. 


hug hug! Putih lembut macam kapas! 


Thursday, January 5, 2012

Berdebar Menunggu Big Boss

Semalam, ketika Nemo cuba menangkap lalat, Nemo dengan tidak sengaja telah terlanggar teko kopi kegemaran emak. Berterabur kaca di atas lantai. Saya sebenarnya tak pandai nak deal dengan kaca pecah, sebab dulu bila ada kaca pecah mak & ayah suruh stay away, jangan dekat. Biar mereka yang kemas. 

Lepas kutip kaca, saya lap lantai, dan vakum. Nak marah Nemo pun tak guna, tapi dia menyorok lepas dengar bunyi vacuum cleaner. Padan muka. 





Habislah saya kena marah mak nanti. 

Saturday, December 31, 2011

Selamat Datang 2012!

Putih, Nemo dan saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012! Puas tengok fireworks? Tadi Putih menyorok bawah kerusi takut bunyi fireworks. Nemo selamba lepak-lepak sampai tertidur.

Beberapa pics Nemo & Putih beberapa hari lepas.
Putih gila kotak.

Nemo tidur mengigau.


Masa ni Nemo masih bernafsu. Dia golek-golek sampai jatuh tangga.


Lompatan supercat!


Tidur time.


Updates.
1. Digicam rosak, ada masalah dengan lenses. Belum cukup bajet nak baiki, jadi buat masa ini hanya menggunakan hp sahaja. hihi. Maaf sebab gambar-gambar dari hp agak buruk dan resolution tak bagus sangat.

2. Putih makin gemuk, makin degil, makin obses dengan ikan. Dalam seminggu ni, hampir setiap hari kantoi dia try buka tupperware junk food. Padahal dalam mangkuk memang dah ready makanan dia siap-siap.

3. Nemo terlepas musim mengawan dan kini perangai Nemo kembali normal. Tidak lagi mengiau ghairah, gesel sana sini no more. Alhamdulillah. Mungkin tu jugak sebab Nemo makin aktif lately. Terjumpa dia panjat almari bilik. Tak tahu macam mana dia boleh sampai atas sana. 




gif bukan saya punya

Ok, dah almost 3 pagi. Saya sleepy, nah gif image Maru menguap. 

Friday, December 23, 2011

Lompatan Supa-Dupa Meow!! *Dush*

Assalamualaikum, salam hari Jumaat. hi hi

Kucing gemuk melompat..memang seronok untuk diperhatikan, especially bila tengok lemak yang menggeleber di sebalik bulu dan juga style lompatan yang unik. Teringat Maru. Artis kucing.

*gif bukan milik saya

Sebelum ini saya pernah mengusik Putih dengan melukis gambar cicak dan melekatkannya di dinding rumah. Putih akan mengiau-ngiau dan melompat sedaya upaya untuk mencapai kertas itu. Putih obses dengan cicak. Tapi tak terfikir nak ambil gambar dia melompat masa tu. 

Di bawah ni antara gambar-gambar lompatan Nemo dan Putih.










Mari melompat!!

Wednesday, December 21, 2011

Takde Title. Tapi Entri Bukan Pasal Mengawan.

Malam tadi, Roza datang sleepover. Kami tengok X-Men: First Class sampai jam 2.30 pagi. Sementara kami menonton filem, Nemo dan Putih tidur nyenyak kat atas kusyen.

*ini bukan gif saya.

Baru sampai scene Xavier dan Erik bersedia nak bawak budak-budak mutant pergi perang, tiba-tiba stuck pulak. Agaknya DVD player nak kita sambung tengok esok. Lepas tu, tidur. Tapi terjaga setiap setengah jam. Putih dan Nemo dah bangun tidur dan dalam mood berkobar-kobar nak bermanja-manja dengan kita. Habis kena sondol siap dengan bunyi "purrr" lagi. Bukan main dia dua ekor manja. Masa alarm bunyi pagi-pagi, rasa macam mimpi sebab tak cukup tidur. Sabar saja lah, nasib baik kau comel, Nemo & Putih.


Persoalan:
Kenapa masa kita berkobar-kobar nak main dengan kucing, kucing tu tak nak layan sangat?
Tapi masa dia nak manja-manja dengan kita, kita pulak tengah busy/ tidur...


Btw, selamat datang RM20 baru. Cantik. Warna oren macam limau mandarin. 


Sunday, December 18, 2011

Tabiat Pelik atau Obsesi Baru?

Saya sedang menyusun pinggan mangkuk yang sudah dicuci ke atas rak, dan saya ternampak kelibat si Nemo dan Putih dalam bilik mandi. Nak kata kencing, bukan. Sebab Putih buang air besar dan kecik dalam cat sand dalam besen. Nemo pula port-nya di luar. 

Saya curious, saya pun pergi tengok. Dua-dua sedang merenung ke dalam lubang laluan air keluar. Saya sangkakan ada lipas berenang, ataupun tikus gemuk yang sesat tersepit.

Tapi tidak ada apa-apa di sana.

Saya pun naik ke tingkat atas, cuci muka, berus gigi. Siap sedia nak tidur. Nemo dan Putih pun mengekori dari belakang. Semasa memberus gigi, saya perasan Nemo dan Putih merenung ke lubang laluan air juga. 

hm..oh. *face palm*




Rupanya,
kucing saya hairan kenapa ada bunyi menitik-nitik dalam lubang itu.