Putih, Nemo dan saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012! Puas tengok fireworks? Tadi Putih menyorok bawah kerusi takut bunyi fireworks. Nemo selamba lepak-lepak sampai tertidur.
Beberapa pics Nemo & Putih beberapa hari lepas.
Putih gila kotak.
Nemo tidur mengigau.
Masa ni Nemo masih bernafsu. Dia golek-golek sampai jatuh tangga.
Lompatan supercat!
Tidur time.
Updates.
1. Digicam rosak, ada masalah dengan lenses. Belum cukup bajet nak baiki, jadi buat masa ini hanya menggunakan hp sahaja. hihi. Maaf sebab gambar-gambar dari hp agak buruk dan resolution tak bagus sangat.
2. Putih makin gemuk, makin degil, makin obses dengan ikan. Dalam seminggu ni, hampir setiap hari kantoi dia try buka tupperware junk food. Padahal dalam mangkuk memang dah ready makanan dia siap-siap.
3. Nemo terlepas musim mengawan dan kini perangai Nemo kembali normal. Tidak lagi mengiau ghairah, gesel sana sini no more. Alhamdulillah. Mungkin tu jugak sebab Nemo makin aktif lately. Terjumpa dia panjat almari bilik. Tak tahu macam mana dia boleh sampai atas sana.
gif bukan saya punya
Ok, dah almost 3 pagi. Saya sleepy, nah gif image Maru menguap.

No comments:
Post a Comment
cakaran kucing.