hello!

Thursday, July 26, 2012

Tiga Ekor Ikan Puyu dan Ceri.

Suatu hari, Ceri duduk merenung akuarium yang didiami 3 ekor ikan puyu. 


Ceri: Binatang jenis apakah kamu ini? Kamu tak mempunyai telinga, kaki pun tak ada. 


Ikan A: Nampaknya seekor kucing sedang bercakap dengan kita.


Ikan B: Biarkan dia,jangan layan. Dia musuh. Dia pemangsa, bangsa kita ini makanannya.


Ikan C: Kami ini ikan, wahai kucing. Ikan puyu dari parit sawah di kampung tuan kita.


Ceri: Aku bosan. Aku mahu bermain tapi tuan kita sibuk dengan kerjanya. 


Ikan A & Ikan C: Marilah bermain dengan kami!


Ceri: Bagaimana mahu main dengan kamu? Sedangkan kamu semua di dalam akuarium, aku pula di luar ini.


Ikan A & Ikan C : ...


Ikan B: Kan dah cakap. Tak ada gunanya kau berdua layan si kucing itu.

Tiada Nama



Hampir setengah bulan berlalu, anak-anak Putih belum lagi diberi nama. 


Saya sudah ada tiga ekor kucing, (Nemo, Putih dan Ceri) sekarang ada 4 lagi anak kucing. Maka, ada tujuh ekor.


Kucing memang comel, tetapi, fasa yang paling memenatkan ialah fasa melatih anak kucing tersebut untuk berak di tempat yang betul, makan di tempat yang betul, untuk tidak memanjat meja, dan juga memastikan kucing-kucing tersebut sihat tubuh badan.


Belum lagi termasuk dengan kos perbelanjaan untuk makanan dan cat sand. Dan juga ubat-ubatan serta vaksin. 


Sebab itulah anak-anak Putih tidak diberi nama. Kalau diberi nama, nanti hati rasa sayang dan terus terpaut, lalu berat hati mahu serahkan kepada tuan yang baru. 


But still, look at their little paws & little ears. :-)



Sunday, July 15, 2012

Anak-anak

Hari ini saya bangun dengan gopoh.
Putih dah beranak!


Anak putih empat ekor, dua kuning, dua lagi tiga warna.
Jadi, sekarang saya ada tujuh ekor kucing. 
Nemo, Putih, Ceri, dan adik-adik Ceri 4 ekor. 


Happy!

Thursday, July 12, 2012

Hyperaktif

Ceri oh Ceri. 
Ceri kuat menggigit.
Ceri suka berlari.
Ceri tak dapat dipeluk.
Ceri yang suka menyorok.


Umur Ceri masuk dua bulan. Inilah kali pertama aku ada kucing jantan. Tak pernah jumpa anak kucing kuat menggigit sampai macam ni sekali. Nasib baik dia masih kecik. Kalau dah besar agaknya berlubang tangan aku kena gigit.


Mungkin Ceri ini reincarnation seekor beaver. 
Mungkin Ceri ini reincarnation seekor piranha. 


Apa-apa pun, nasib baik comel. 


 Ceri nak tangkap ikan.


 Ceri nak tangkap lidi. 

 Ceri nak jilat ceri-ceri.

Kadang-kadang aku biarkan kucing-kucing main belakang rumah. Tangkap belalang. 


Nampaknya tadi dia tidur peluk kotak gulung toilet paper. Ini nenek Ceri, namanya Nemo. Berat 5kg.

Mak si Ceri. Putih. Masih belum beranak. 
"Putih, bila nak beranak?"

Sunday, July 8, 2012

Soalan Sama

Ini mak si Ceri. Namanya Putih. 

Masuk minggu ini, sudah hampir dua bulan Putih mengandung. Maknanya tak lama lagi beranak, tak lama lagi dapat kitten baru!


Ini merupakan kali kedua Putih mengandung. Putih lebih senyap dari biasa, suka menyendiri dan kuat makan. Hampir setiap hari kami tanya soalan yang sama kepada Putih.


"Putih, bila nak beranak?"
"Hai Putih, cari tempat beranak?"
"Belum beranak lagi, Putih?"


Nasib baik Putih tak pandai cakap. Kalau tak, terlompat aku terkejut kalau dia jawab soalan.
Mesti dia bosan asyik dengar soalan sama.
Ataupun entah-entah dia ingatkan nama baru dia "Beranak" sebab selalu sangat sebut perkataan tu depan dia. 




"Meow."

Thursday, July 5, 2012

Hadiah

Dari dulu lagi memang teringin nak belikan kolar untuk kucing-kucing. Baru-baru ini, sedang aku mencari susu untuk Ceri, (susu tepung Ceri dah habis) tiba-tiba terpandang deretan kolar/rantai anjing dan kucing. Aku beli kolar untuk Nemo dan Putih manakala susu tepung untuk Ceri. Jangan merajuk, Ceri. Tunggu awak besar sikit baru boleh pakai kolar. :-)


susu untuk ceri, kolar kuning untuk Putih, yang corak rimau untuk Nemo.

Nemo!