Saya sedang menyusun pinggan mangkuk yang sudah dicuci ke atas rak, dan saya ternampak kelibat si Nemo dan Putih dalam bilik mandi. Nak kata kencing, bukan. Sebab Putih buang air besar dan kecik dalam cat sand dalam besen. Nemo pula port-nya di luar.
Saya curious, saya pun pergi tengok. Dua-dua sedang merenung ke dalam lubang laluan air keluar. Saya sangkakan ada lipas berenang, ataupun tikus gemuk yang sesat tersepit.
Tapi tidak ada apa-apa di sana.
Saya pun naik ke tingkat atas, cuci muka, berus gigi. Siap sedia nak tidur. Nemo dan Putih pun mengekori dari belakang. Semasa memberus gigi, saya perasan Nemo dan Putih merenung ke lubang laluan air juga.
hm..oh. *face palm*
Rupanya,
kucing saya hairan kenapa ada bunyi menitik-nitik dalam lubang itu.


No comments:
Post a Comment
cakaran kucing.