hello!
Saturday, March 24, 2012
Tuesday, March 20, 2012
Wednesday, March 14, 2012
Maaf.
Maafkan saya.
Ketika anda membaca entri ini, jelas tertera pada tarikh bahawa kali terakhir saya mengemaskini blog ini adalah 2 bulan lepas. Begitu banyak perkara penting telah terjadi;
- Awal Februari, Uncle Taufik, adik mak saya, telah datang ke Kuching untuk menyambung chemotherapy bagi rawatan kanser. Seminggu kemudian, ibu saudara dan nenek saya datang ke Kuching untuk menjenguk uncle saya. Mereka tinggal di Kuching hampir sebulan.
- Putih mengandung. Nemo pula negative. Syukurlah.
- Saya mendapat tawaran kerja di Jemukan, Asajaya. Kontrak hingga bulan Mei 2012.
Si Putih yang gemuk dan berat.
Nemo KLMJ.
Saturday, January 14, 2012
Malang Tak Pakai Perfume.
Kemalangan tak pakai deodoran. Perfume pun tidak. Dia tak kenal siapa Rexona dan siapa pula Versace Blue Jeans. Sebab itulah kemalangan datang kita tak boleh agak.
"Kenapa pula kemalangan ni Amy?"
Sebab buah hati saya accident menjadi "laptop loncatan" si Putih.
Screen netbook Asus saya yang retak akibat earphone yang tersepit di celah-celah keyboard dan screen.
Nasib baik awak comel.
Nasib baik laptop Acer lama masih okay. Alhamdulillah.
Sunday, January 8, 2012
Thursday, January 5, 2012
Berdebar Menunggu Big Boss
Semalam, ketika Nemo cuba menangkap lalat, Nemo dengan tidak sengaja telah terlanggar teko kopi kegemaran emak. Berterabur kaca di atas lantai. Saya sebenarnya tak pandai nak deal dengan kaca pecah, sebab dulu bila ada kaca pecah mak & ayah suruh stay away, jangan dekat. Biar mereka yang kemas.
Lepas kutip kaca, saya lap lantai, dan vakum. Nak marah Nemo pun tak guna, tapi dia menyorok lepas dengar bunyi vacuum cleaner. Padan muka.
Habislah saya kena marah mak nanti.
Saturday, December 31, 2011
Selamat Datang 2012!
Putih, Nemo dan saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012! Puas tengok fireworks? Tadi Putih menyorok bawah kerusi takut bunyi fireworks. Nemo selamba lepak-lepak sampai tertidur.
Beberapa pics Nemo & Putih beberapa hari lepas.
Putih gila kotak.
Nemo tidur mengigau.
Masa ni Nemo masih bernafsu. Dia golek-golek sampai jatuh tangga.
Lompatan supercat!
Tidur time.
Updates.
1. Digicam rosak, ada masalah dengan lenses. Belum cukup bajet nak baiki, jadi buat masa ini hanya menggunakan hp sahaja. hihi. Maaf sebab gambar-gambar dari hp agak buruk dan resolution tak bagus sangat.
2. Putih makin gemuk, makin degil, makin obses dengan ikan. Dalam seminggu ni, hampir setiap hari kantoi dia try buka tupperware junk food. Padahal dalam mangkuk memang dah ready makanan dia siap-siap.
3. Nemo terlepas musim mengawan dan kini perangai Nemo kembali normal. Tidak lagi mengiau ghairah, gesel sana sini no more. Alhamdulillah. Mungkin tu jugak sebab Nemo makin aktif lately. Terjumpa dia panjat almari bilik. Tak tahu macam mana dia boleh sampai atas sana.
gif bukan saya punya
Ok, dah almost 3 pagi. Saya sleepy, nah gif image Maru menguap.
Labels:
Cat kitten kucing,
Kuching,
kucing,
Maru gif,
musim mengawan,
Nemo,
pusak,
Putih,
tahun baru 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)











