hello!

Sunday, December 18, 2011

Tabiat Pelik atau Obsesi Baru?

Saya sedang menyusun pinggan mangkuk yang sudah dicuci ke atas rak, dan saya ternampak kelibat si Nemo dan Putih dalam bilik mandi. Nak kata kencing, bukan. Sebab Putih buang air besar dan kecik dalam cat sand dalam besen. Nemo pula port-nya di luar. 

Saya curious, saya pun pergi tengok. Dua-dua sedang merenung ke dalam lubang laluan air keluar. Saya sangkakan ada lipas berenang, ataupun tikus gemuk yang sesat tersepit.

Tapi tidak ada apa-apa di sana.

Saya pun naik ke tingkat atas, cuci muka, berus gigi. Siap sedia nak tidur. Nemo dan Putih pun mengekori dari belakang. Semasa memberus gigi, saya perasan Nemo dan Putih merenung ke lubang laluan air juga. 

hm..oh. *face palm*




Rupanya,
kucing saya hairan kenapa ada bunyi menitik-nitik dalam lubang itu. 



Saturday, December 17, 2011

Musim Mengawan is In the Air.

Musim mengawan. Bermulalah episod kucing-kucing hilang dari rumah untuk melempiaskan apa yang patut. Kucing-kucing akan mula mengiau dengan bising, sedaya upaya mencari jalan keluar dari rumah, dan kucing jantan dapat dilihat di mana-mana. 


Saya fikir..saya fikir...



Dan akhirnya saya memilih untuk mengenakan curfew ke atas Nemo dan Putih. 

Akhir-akhir ini saya sering ternampak dua ekor kucing jantan merenung pintu rumah, depan dan belakang. Satu warna kuning, satu lagi kucing siam. 

Pada mulanya, saya cukup tidak suka kucing jantan kuning (okay kita namakan si Kuning) datang ke rumah, sebab kucing itu kurap, dan saya pernah nampak dia 'mengerjakan' 2 ekor kucing betina lain. Takut terkena penyakit kelamin. Bila kita datang dia lari, tak lama lepas tu dia datang balik. Stalker.

Si Siam pula comel. Tidak kurap. Sedikit juling. Penakut macam si Kuning. 

Antara kedua-dua kucing tersebut, saya lebih suka si Siam. Biar anak kucing nanti comel, mata biru. 

Saya terfikir.Adakah saya.....hm. Racist? 



Friday, December 16, 2011

Kesunyian a.k.a Loneliness

Hari ini merupakan hari kedua bersama kucing-kucing di Kuching. Nemo dan Putih yang selalunya hyperactive sekarang hanya berbaring dan tidur. Tidak buat hal macam selalu. Saya pula agak sibuk menyiapkan artworks. Petang, mak called. Katanya Wak balik Kuching esok. Punah harapan nak ronggeng rokiah dengan Roza.


Sleepy!     





 Bila kita panggil turun, cepat dia lari ke bawah.

Wrestling!

 Nemo main.

 Gigit wayar!


Tidur.

Wednesday, December 14, 2011

Di Kuching, bersama kucing-kucing.

Setelah sekian lama tidak pulang ke kampung, rindu membuak-buak membuatkan keluarga tidak sabar untuk pulang ke kampung mak di Pulau Bruit. Dan saya tinggal di Kuching bersama Nemo dan Putih.


Update:

  • Breast Nemo yang sebelum ni keras, sekarang dah semakin sembuh. 
  • Nemo dan Putih selalu sparring a.k.a bergurau ganas.
  • Putih semakin nakal, rajin melompat naik meja. Sekuriti makanan ditingkatkan ke paras maksimum
  • Nemo kelihatan seperti mahu mengawan, lagi sekali. 
 Sesi bermanja bertukar ganas.


Random. Ini Midin. Gambar anak Nemo yang diberikan kepada orang lain beberapa minggu lepas.

Sunday, December 11, 2011

Ahad yang tenang.



Bila dah jumpa balik kucing yang suka jalan-jalan ni, 
bawa balik rumah, baru rasa tenang nak rehat. 

Sunday, December 4, 2011

Nemo yang kurang sihat.


Sedih, bingung, risau.
Breast Nemo mengeras macam plastisin.
Jap nak tunjuk gambar.

Nampak tak breast dia yang macam jatuh tu?
Nampak macam lembik, tapi sebenarnya keras, membengkak.

Memang bingung, takut betul kalau Nemo jatuh sakit makin teruk.
Makan tak lalu, tak bising minta food macam selalu.
Puting biru macam lebam-lebam.
haihh..
Tapi sejak dapat advise untuk tuam area breast dia dengan warm towel selalu,
Bengkak tu makin menyusut.
Alhamdulillah.

KENAPA JADI MACAM TU?

Hal ni kita panggil mastitis. (kalau tak silap)
Kiranya kucing tu masih produce milk untuk kittens,
but since the kittens dah pun dihantar kat tuan baru,
jadi susu tu tak dikeluarkan dari badan dan mengakibatkan bengkak.
Terus Nemo demam-demam.

Sesi menuam breast Nemo.


Zoom in area yang bengkak.

Bangun-bangun kenapa sepah-sepah katil ni!!

Semoga Nemo cepat sembuh.


Ok. Benda ni dah terjadi pada saya, maksudnya kita boleh ambil pengajaran sikit.

  • Jangan terlalu awal memberi/menghantar anak kucing untuk adoption. Nanti breast mak kucing bengkak macam Nemo punya. Anak kittens baru umur 1 1/2 bulan.
  • Umur sesuai untuk dihantar adoption adalah sekurang-kurangnya 3 bulan. Biar dia menyusu lama-lama, kasi tahan sistem immune, lagipun mak kucing tu sendiri merupakan guru terbaik bagi anak-anak kucing.
  • Kalau terjadi mastitis, cepat-cepat jumpa veterinary clinic. Sementara tu, tuam-tuam selalu dengan towel suam yang bersih. 
  • Sekiranya kucing demam, jaga makan minum kucing agar kucing tidak mengalami kekurangan air/ dehydrated. Kalau nak bagi makan, biar food tu bau kuat so boleh tarik selera makan kucing. Bila demam kucing hilang selera makan.