hello!

Saturday, July 23, 2011

Bahasa Tubuh Kucing



Perasan tak bila kucing marah, telinga kucing tu ke belakang?
Bila kucing tu tengah curios pula, telinga kucing tu ke depan?

Sebenarnya, kita boleh mentafsir bahasa tubuh kucing berdasarkan dua anggota badan kucing iaitu:
  • telinga
  • ekor
Gambar di bawah merupakan contoh perbezaan maksud bagi setiap perubahan keadaan telinga si comel. And FYI, gambar diambil dari laman web yang tertera pada gambar.
photo credit:catster

Keadaan santai, lepak, relaks, cool.
Merujuk kepada gambar nombor 1 merupakan keadaan apabila kucing berada dalam keadaan yang tenang dan rehat. Kucing yang berada dalam keadaan selesa juga akan menunjukkan
keadaan telinga seperti ini.


Berwaspada, on alert, interested onto something.
merujuk kepada gambar nombor 2. Ambil lidi, ataupun buat mcm bunyi tikus berlari (ketuk jari atas meja), sambil tu perhati perubahan pada telinga kucing tu. Apabila kucing tu berminat (perhatiannya terarah kepada sesuatu) maka telinganya akan menuju ke arah bunyi tersebut. Mata kucing akan melihat ke arah bunyi yang didengar.




Annoyed, terganggu, kurang senang, nervous.
Merujuk kepada gambar nombor 3. Apabila telinga kucing bergerak2 dan meleper ke tepi. Telinga begini biasanya terjadi ketika kucing mulai rasa ragu-ragu, kurang senang, ataupun kadang-kadang boleh juga kucing itu sedang berjaga-jaga.



Marah, takut, agresif.
sekiranya kucing anda telinganya seperti dalam posisi gambar 4, JANGAN BERANI SANGAT NAK PEGANG KUCING TU. Kalau kena cakar, penat pula nak ke klinik. Kucing yang sedang marah/ketakutan akan meleperkan telinganya, selain itu bulu ekornya akan mengembang dan suaranya akan nyaring mengiau. Kucing yang bersedia dalam posisi ini akan bersiap sedia menyerang bila ia mahu. Pernah baca kat buku (tapi x ingat tajuk apa) dikatakan kucing leperkan telinga semasa bergaduh untuk melindungi telinganya daripada cedera dicakar lawan.

sekian saja untuk kali ni, kalau ada apa2 nak dikongsi, silalah kongsi sekali. :)

No comments:

Post a Comment

cakaran kucing.