hello!

Thursday, September 20, 2012

Putih benci klinik.

Kelmarin, akhirnya aku berkesempatan untuk menghantar si Putih ke klinik haiwan.

Ini merupakan kali pertama Putih dibawa ke klinik haiwan dan tujuan Putih dibawa ke sana adalah untuk di neuter

Berat si Putih, 3.65kg. Putih takut semasa dalam bilik check-up

Putih terpaksa tidur semalaman di klinik kerana sebelum pembedahan, kucing dikehendaki puasa terlebih dahulu. 

Hari ini insyaallah Putih akan pulang ke rumah. 

Nampaknya anak-anak Putih sekaranglah yang terakhir,

Monday, September 3, 2012

Monday, August 13, 2012

Spay atau Neuter

Hari ini, salah seorang rakan seuniversiti tweet kepada Imam Muda Asyraf, dia tweet begini.

" Salam.Q ni xde kaitan Ramadhan.Kucing jantan saya dah pandai kencing merata(dah baligh kot).Boleh tak saya KASI kan dia?TQ!"

Bila baca tweet tu, baru terfikir, apa hukumnya kalau kita kasi kucing kita?

Nota kaki:
Spay/neuter bermaksud proses pemandulan. Spay untuk betina, manakala neuter untuk jantan. 
Ayat seterusnya dipetik dan diubahsuai dari laman web SPCA.


Kelebihan sekiranya kucing di neuter/spay:
  1. Mengawal populasi 
    Begitu banyak kucing jalanan yang terbiar, mudah terdedah dengan penyakit dan juga berpotensi untuk didera, dan dengan cara ini masalah ini dapat dikurangkan.
  2. Kesihatan
    • Betina
      • Mengurangkan risiko breast cancer ( mammary tumors)
      • Mengurangkan risiko untu mendapat uterine infections (pyometra)
      • Mengurangkan risiko mendapat jangkitan TVT (Transmissible Venereal Tumour), a sexually transmitted cancer.
    • Jantan
      • Reduces the chances of TVT
      • Eliminates the risk of testicular cancer
      • Markedly reduces the risk of prostrate cancer, anal gland cancer
  3. Kesan terhadap kelakuan/behaviour
    • Mengurangkan stress
    • Prevents wandering and roaming in search of females, which can lead to:
      • road accidents
      • fighting leading to wounds and infections
      • spread of diseases such as TVT
    • Eliminates marking of territory by urine spraying and reduces odor
    • Reduces interdog aggression.


Kenapa nak spay/neuter binatang peliharaan kita?
There are many medical and behavioral benefits from spaying or neutering your pets. These includes:
  1. Memudahkan.
    • Tak perlu mendengar kebisingan mereka ketika mereka sedang dalam 'heat' (keinginan membuak-buak untuk mengawan.
  2. Menjaga kesihatan binatang peliharaan.
    • Mengelakkan mereka daripada mengandung (yang seterusnya  membuatkan kita bingung untuk mencari tuan yang baru)
    • Mengurangkan masalah tumor atau kanser.
  3. Mengurangkan masalah overpopulation.
    • Seekor anjing/kucing jantan boleh bikin banyak kucing/anjing betina yang lain mengandung. Jadi, dengan proses kembiri, masalah overpopulation boleh dielakkan.
    • You don't have to worry of what to do with the unplanned litters of puppies and kittens.
  4. Eliminates sexual frustration.
    • A frustrated male can do bad things like jump fences and bump on the door in order to mate.
    • Spayed and neutered pets are more relax and are loyal to your family.


      Begitulah maksudnya.




      Walaupun kadang-kadang rasa kasihan mengenangkan kucing saya si Nemo sudah tidak boleh mengandung lagi, namun doktor menasihati kami untuk spay Nemo bagi mengelakkan masalah keguguran. Demi kesejahteraan Nemo juga. 

      Nemo in a box!

Wednesday, August 8, 2012

Menangis.

Mungkin saya mudah menangis. 

Selalunya saya menangis depan cermin. 

Biar nampak muka hodoh, hidung merah dan mata yang bengkak. 

Bila nampak muka sehodoh itu, nanti saya cepat berhenti menangis.

Hari ini saya menangis kerana hati saya retak. 

Belum sempat masuk ke bilik air, Nemo datang dan duduk atas pangkuan saya. 

Adakah dia faham apa yang saya rasa?

Sunday, August 5, 2012

Maksud.

Kadang-kadang terfikir, apa agaknya kucing kita nak bagitau kalau dia datang dan mengiau kat kita?


saya bayangkan:

1. Baju dan jeans itu tak sesuai. Kau nampak gemuk.

2. Don't forget to feed me before you go to your office.

3. Hai tuan ku yang kurang cantik!

4. Muka kau lagi!

Thursday, August 2, 2012

Ini Bukan Kisah Tipu.

Kota Kinabalu 
1 Ogos 2007.
First year.

Suatu hari, Weng keluar ke Indah Permai bersama rakan-rakan untuk makan tengahari. Tiba-tiba, Weng ternampak seekor anak kucing terbaring di kaki lima deretan kedai makan. Warnanya hitam-kelabu dan bertompok putih.

Weng duduk. Weng sentuh sedikit perut anak kucing itu dengan hujung jarinya.

Anak kucing itu masih lagi bernafas.

Lantas Weng segera mencari kotak, dimasukkan anak kucing itu ke dalam kotak.

Masa itu, kami masih lagi pelajar tahun pertama, belum ada kereta mahupun motosikal. Jadi, Weng bawa kotak berisi anak kucing ke dalam bas, menuju ke Univ Malaysia Sabah.

Setibanya di dorm, aku, Fanny, Intan dan Fiza kaget.

"Anak kucing?"
"Dah mati? Nazak?"

Anak kucing itu survived dan kami namakannya August. Sempena tarikh 1 August 2007.
Pada mulanya, susah juga nak menjaga anak kucing. Nak melatih berak, kencing. Tiap hari bilik kena mop dengan Dettol. 

Kucing itu hilang secara misteri pada 31 Ogos 2007. 


Mungkin terjun tingkap nak tangkap burung.
Mungkin juga ditelan ular ketika main di ampaian. 
Mungkin juga dikidnap. 

Rest in peace August. 


Anda ada kisah menarik mengenai kucing? Kongsikan dengan saya. :-)