hello!

Wednesday, August 8, 2012

Menangis.

Mungkin saya mudah menangis. 

Selalunya saya menangis depan cermin. 

Biar nampak muka hodoh, hidung merah dan mata yang bengkak. 

Bila nampak muka sehodoh itu, nanti saya cepat berhenti menangis.

Hari ini saya menangis kerana hati saya retak. 

Belum sempat masuk ke bilik air, Nemo datang dan duduk atas pangkuan saya. 

Adakah dia faham apa yang saya rasa?

Sunday, August 5, 2012

Maksud.

Kadang-kadang terfikir, apa agaknya kucing kita nak bagitau kalau dia datang dan mengiau kat kita?


saya bayangkan:

1. Baju dan jeans itu tak sesuai. Kau nampak gemuk.

2. Don't forget to feed me before you go to your office.

3. Hai tuan ku yang kurang cantik!

4. Muka kau lagi!

Thursday, August 2, 2012

Ini Bukan Kisah Tipu.

Kota Kinabalu 
1 Ogos 2007.
First year.

Suatu hari, Weng keluar ke Indah Permai bersama rakan-rakan untuk makan tengahari. Tiba-tiba, Weng ternampak seekor anak kucing terbaring di kaki lima deretan kedai makan. Warnanya hitam-kelabu dan bertompok putih.

Weng duduk. Weng sentuh sedikit perut anak kucing itu dengan hujung jarinya.

Anak kucing itu masih lagi bernafas.

Lantas Weng segera mencari kotak, dimasukkan anak kucing itu ke dalam kotak.

Masa itu, kami masih lagi pelajar tahun pertama, belum ada kereta mahupun motosikal. Jadi, Weng bawa kotak berisi anak kucing ke dalam bas, menuju ke Univ Malaysia Sabah.

Setibanya di dorm, aku, Fanny, Intan dan Fiza kaget.

"Anak kucing?"
"Dah mati? Nazak?"

Anak kucing itu survived dan kami namakannya August. Sempena tarikh 1 August 2007.
Pada mulanya, susah juga nak menjaga anak kucing. Nak melatih berak, kencing. Tiap hari bilik kena mop dengan Dettol. 

Kucing itu hilang secara misteri pada 31 Ogos 2007. 


Mungkin terjun tingkap nak tangkap burung.
Mungkin juga ditelan ular ketika main di ampaian. 
Mungkin juga dikidnap. 

Rest in peace August. 


Anda ada kisah menarik mengenai kucing? Kongsikan dengan saya. :-)

Thursday, July 26, 2012

Tiga Ekor Ikan Puyu dan Ceri.

Suatu hari, Ceri duduk merenung akuarium yang didiami 3 ekor ikan puyu. 


Ceri: Binatang jenis apakah kamu ini? Kamu tak mempunyai telinga, kaki pun tak ada. 


Ikan A: Nampaknya seekor kucing sedang bercakap dengan kita.


Ikan B: Biarkan dia,jangan layan. Dia musuh. Dia pemangsa, bangsa kita ini makanannya.


Ikan C: Kami ini ikan, wahai kucing. Ikan puyu dari parit sawah di kampung tuan kita.


Ceri: Aku bosan. Aku mahu bermain tapi tuan kita sibuk dengan kerjanya. 


Ikan A & Ikan C: Marilah bermain dengan kami!


Ceri: Bagaimana mahu main dengan kamu? Sedangkan kamu semua di dalam akuarium, aku pula di luar ini.


Ikan A & Ikan C : ...


Ikan B: Kan dah cakap. Tak ada gunanya kau berdua layan si kucing itu.

Tiada Nama



Hampir setengah bulan berlalu, anak-anak Putih belum lagi diberi nama. 


Saya sudah ada tiga ekor kucing, (Nemo, Putih dan Ceri) sekarang ada 4 lagi anak kucing. Maka, ada tujuh ekor.


Kucing memang comel, tetapi, fasa yang paling memenatkan ialah fasa melatih anak kucing tersebut untuk berak di tempat yang betul, makan di tempat yang betul, untuk tidak memanjat meja, dan juga memastikan kucing-kucing tersebut sihat tubuh badan.


Belum lagi termasuk dengan kos perbelanjaan untuk makanan dan cat sand. Dan juga ubat-ubatan serta vaksin. 


Sebab itulah anak-anak Putih tidak diberi nama. Kalau diberi nama, nanti hati rasa sayang dan terus terpaut, lalu berat hati mahu serahkan kepada tuan yang baru. 


But still, look at their little paws & little ears. :-)



Sunday, July 15, 2012

Anak-anak

Hari ini saya bangun dengan gopoh.
Putih dah beranak!


Anak putih empat ekor, dua kuning, dua lagi tiga warna.
Jadi, sekarang saya ada tujuh ekor kucing. 
Nemo, Putih, Ceri, dan adik-adik Ceri 4 ekor. 


Happy!

Thursday, July 12, 2012

Hyperaktif

Ceri oh Ceri. 
Ceri kuat menggigit.
Ceri suka berlari.
Ceri tak dapat dipeluk.
Ceri yang suka menyorok.


Umur Ceri masuk dua bulan. Inilah kali pertama aku ada kucing jantan. Tak pernah jumpa anak kucing kuat menggigit sampai macam ni sekali. Nasib baik dia masih kecik. Kalau dah besar agaknya berlubang tangan aku kena gigit.


Mungkin Ceri ini reincarnation seekor beaver. 
Mungkin Ceri ini reincarnation seekor piranha. 


Apa-apa pun, nasib baik comel. 


 Ceri nak tangkap ikan.


 Ceri nak tangkap lidi. 

 Ceri nak jilat ceri-ceri.

Kadang-kadang aku biarkan kucing-kucing main belakang rumah. Tangkap belalang. 


Nampaknya tadi dia tidur peluk kotak gulung toilet paper. Ini nenek Ceri, namanya Nemo. Berat 5kg.

Mak si Ceri. Putih. Masih belum beranak. 
"Putih, bila nak beranak?"