hello!

Sunday, July 8, 2012

Soalan Sama

Ini mak si Ceri. Namanya Putih. 

Masuk minggu ini, sudah hampir dua bulan Putih mengandung. Maknanya tak lama lagi beranak, tak lama lagi dapat kitten baru!


Ini merupakan kali kedua Putih mengandung. Putih lebih senyap dari biasa, suka menyendiri dan kuat makan. Hampir setiap hari kami tanya soalan yang sama kepada Putih.


"Putih, bila nak beranak?"
"Hai Putih, cari tempat beranak?"
"Belum beranak lagi, Putih?"


Nasib baik Putih tak pandai cakap. Kalau tak, terlompat aku terkejut kalau dia jawab soalan.
Mesti dia bosan asyik dengar soalan sama.
Ataupun entah-entah dia ingatkan nama baru dia "Beranak" sebab selalu sangat sebut perkataan tu depan dia. 




"Meow."

Thursday, July 5, 2012

Hadiah

Dari dulu lagi memang teringin nak belikan kolar untuk kucing-kucing. Baru-baru ini, sedang aku mencari susu untuk Ceri, (susu tepung Ceri dah habis) tiba-tiba terpandang deretan kolar/rantai anjing dan kucing. Aku beli kolar untuk Nemo dan Putih manakala susu tepung untuk Ceri. Jangan merajuk, Ceri. Tunggu awak besar sikit baru boleh pakai kolar. :-)


susu untuk ceri, kolar kuning untuk Putih, yang corak rimau untuk Nemo.

Nemo!

Sunday, June 17, 2012

Aksi Ceri.

Jaga Ceri macam jaga budak kecik. Sebab Ceri menyusu botol. Ceri sekarang dah masuk phase suka menggigit, kadang-kadang dia kejar kaki kita sebab nak gigit seluar. Agaknya gusi gatal sebab gigi nak tumbuh. 







Monday, June 11, 2012

Mak versus Putih.

Putih panjat meja makan. Tergoda dengan bau ikan goreng.
Big Boss pun datang.


"PUTIH! Kalau lagi sekali panjat meja, aku jual kau di Pasar Satok."


"meeeow."


Sebenarnya dialog tu dah masuk setahun on repeat. Macam Astro.

malas. macam Putih.

Ada kawan tanya, "Kenapa pusak berjoget dah tak berjoget?"


Aku jawab pendek. Malas.


Nak kata tak ada masa terluang, ada of course, cuma aku tumpukan dengan berkebun dan melayan anak si Putih. Ceri. 


Nemo dah ada cucu. Kiranya, rumah aku sekarang ada 2 generasi kucing. (kan?)


Ceri anak Putih anak Nemo.  :-)


meet Ceri!

Ceri kucing jantan. Sekarang ceri-ceri si Ceri dah nampak!

Nemo, Ceri & Putih.


Friday, May 4, 2012

Kucing di Serpan, dan kucing di Kuching.

ini entri lama. Baru publish. Masa entri ini ditulis, Nemo masih sihat.


Di rumah tempat saya tinggal di Kampung Serpan, ada dua ekor anak kucing. Anak kucing yatim piatu. Namanya Hitler dan Ranger. Hitler kucing jantan, manakala Ranger kucing betina. 

Ini Ranger. Dalam posisi menarik.

Hitler, kenyit mata nampak. Amvoi!

Sejak kerja jauh dari Kuching ni, kadang-kadang rindu dengan Putih dan Nemo. dah cakap tak sebelum ni pasal Putih yang pregnant? Hujung minggu baru dapat peluk-peluk, ramas-ramas.

Di Kampung Serpan, liputan Celcom agak buruk. Kadang-kadang, untuk membalas sms kekasih, modus operandinya begini; taip habis sms, panjat kerusi dan berdiri tepi tingkap, bila line appear baru tekan send! Kadang-kadang liputan bagus, sehingga saya boleh guling-guling di katil sambil berbual di telefon.

Nemo. Minggu lepas semasa pulang ke Kuching.






Putih yang sarat.

Keguguran.

Henpon berbunyi. Rupa-rupanya ada mms masuk.

Gambar janin kucing. Nemo keguguran.

Nemo terpaksa dihantar ke klinik haiwan since mengalami pendarahan teruk. Ilah and Akim decided untuk memandulkan Nemo.